Butiran Mutiara
"Cintailah Allah, kerana Dia yang mencurahkan nikmat-nikmatnya kepadamu; dan cintailah aku kerana mencintai Allah, dan cintailah kaum keluargaku kerana mencintai aku"

"Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)

"Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)

"Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka" (Riwayat Al-
Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)

"Ada lima macam ubat hati,yakni membaca al-Quran,mengosongkan perut atau puasa, qiyamullai(tahajjud),tadarruk(beristighfar) ketika sahur, dan selalu berziarah menemui Ulama"

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api"

"Engkau akan nampak orang-orang Islam dalam segi kasih sayang,cinta kasih, belas ihsan diantara sesama mereka,bagaikan sebatang tubuh manusia, apabila salah satu bahagian merasai sakit,maka seluruh tubuh badan akan merasai kesakitan tersebut dan menjadi demam"

"Jika aku mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya akanku ambil Abu Bakar sebagai kekasihku, selagi aku lebih cinta kepada Allah yang maha Tinggi.."



Blessed;

-9-
Tiada siapa yang boleh menyimpan dua cinta;
cinta dunia atau cinta akhirat?
cinta benda atau cinta Allah?
Dalam kehidupan juga begitu;
kejarkan dunia atau kejarkan akhirat?
jika mahu kejarkan dua-dua,
satu akan ketinggalan.
Dan biasanya akhirat yang ditinggalkan.



Blessed;

-8-
Telah ternyata, hati itu tiada tenang jika membuat dosa.
Orang yang telah tertutup hatinya,
tidak sedikit pun rasa bersalah dan tidak sedikit pun rasa berdosa ketika membuat maksiat.
Malah ia berasa gembira ketika membuatnya dan berasa gelisah ketika tidak membuatnya.
Kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang menerima taubat.



Blessed;

-7-
Apabila api kemarahan membara di hati, angkatlah wudhuk dan bacalah al-quran. Walaupun tidak khusyuk bacamu pada mulanya, sedikit demi sedikit, ia akan memadam api kemarahan itu.



Blessed;

-6-
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



Blessed;

-5-
Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik quraisy) kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu jika kamu benar-benar beriman.

Surah Al-Imran: 175



Blessed;

-4-
Solat itu tiang agama.
Andainya engkau melaksanakannya,
maka engkau telah menengakkan tiang itu,
Tetapi andainya engkau meninggalkannya,
maka engkau telah meruntuhkan tiang itu.
Solat adalah kunci segala ibadah.
Tanpa solat itu tiada gunalah amalan yang lain.
Pada hari pembalasan, perkara pertama yang dihisab ialah solat.
Sahutlah Panggilan Illahi.



Blessed;